| 0 comments ]

Ayuh mahasiswa! Jika anda rasakan anda patut menjadikan kepimpinan mahasiswa lebih baik daripada sebelum ini, apa lagi? Daftarkan diri anda untuk bertanding merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar! Jangan biarkan sahaja harapan anda dan mahasiswa lain terkubur begitu sahaja! 12 jam sahaja lagi! Daftarlah sekarang!

| 0 comments ]

Dimaklumkan agar semua calon, pencadang, penyokong dan jentera bagi setiap calon untuk hadir pada Hari Penamaan Calon pada esok hari (17 Februari 2011) pada jam 10.00 pagi di Astaka UMP. Surat pelepasan akan disediakan kepada sesiapa yang terlibat dan kaunter pendaftaran akan dibuka pada esok hari.

Pelajar lain yang lapang pada masa itu juga digalakkan untuk hadir menjadi pemerhati.

| 0 comments ]

Klik untuk resolusi yang lebih besar.
Berikut adalah cara-cara untuk mendaftarkan diri sebagai calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UMP.

  1. Daftar masuk Portal E-Community UMP.
  2. Klik pada pautan 'Election' pada bahagian sidebar di sebelah kiri.
  3. Masukkan maklumat yang berkaitan.
    • Student ID - Dipaparkan secara automatik bersama nama penuh.
    • Faculty - Dipaparkan secara automatik mengikut fakulti anda.
    • Course - Dipaparkan secara automatik mengikut kursus pengajian anda.
    • Candidate of - Pilih antara calon fakulti atau umum.
    • Motto - Nyatakan motto kempen anda.
    • Support by - Pilih nama individu yang menyokong pencalonan anda (cth: ketua jentera).
    • Propose by - Pilih nama individu yang mencadangkan pencalonan anda (cth: penama)
  4. Klik butang 'submit' apabila semua maklumat telah lengkap diisi.
Pencalonan akan dihantar kepada Dekan fakulti bagi calon fakulti manakala calon umum pula akan dihantar kepada Penolong Naib Canselor untuk pengesahan. Waktu terakhir pencalonan adalah pada 17 Februari 2011 pada jam 9.00 pagi manakala pengesahan terakhir ditutup pada jam 10.00 pagi pada tarikh yang sama.

Ayuh mahasiswa. Semarakkan kepimpinan anda!

| 0 comments ]

Pencalonan secara online telah bermula! Kepada mereka yang merasakan diri anda layak untuk memegang tampuk kepimpinan mahasiswa UMP, canlonkanlah diri anda sekarang! Caranya mudah dan ringkas.

  1. Daftar masuk Portal E-Community Universiti Malaysia Pahang.
  2. Klik pada butang "Election" pada sidebar di sebelah kiri.
  3. Masukkan data yang berkaitan.
  4. Hantar pencalonan.
Setiap pencalonan akan disahkan oleh Dekan fakulti bagi calon kerusi fakulti dan Penolong Naib Canselor bagi calon fakulti umum.

Sesi pencalonan akan tamat pada 17 Februari 2011 pada jam 9.00 pagi.