| ]

TATACARA DAN PERATURAN 
BAGI PEMILIHAN AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
SESI 2011/2012

  1. Pelajar berdaftar Universiti Malaysia Pahang hendaklah menjadi suatu badan yang dinamakan persatuan pelajar Universiti, yang kemudiannya disebut Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang dan hendaklah dipilih dengan undi rahsia yang kesemuanya disediakan oleh Universiti Malaysia Pahang.
  2. Tarikh Penamaan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada  17 Februari 2011 (Khamis) dan tarikh Pengundian pada 22 Februari 2011 (Selasa).
  3. Pelajar berdaftar Universiti dan telah memasuki peperiksaan yang pertama dan tidak pernah diambil tindakan tatatertib adalah layak dipilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar.
  4. Calon yang bertanding tidak dibenarkan membentuk kumpulan. Calon bertanding atas nama diri masing-masing. Sebarang poster,  banner atau lain-lain yang berkaitan tidak boleh memperlihatkan kewujudan kumpulan.
  5. Calon juga tidak dibenarkan menerima sebarang bantuan kewangan daripada orang perseorangan atau badan luar. Sesiapa yang bukan pelajar Universiti tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Pemilihan kecuali mereka yang dilantik secara rasmi oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JIPMPP). 
  6. Borang pencalonan akan dibuka secara ‘on-line’ pada  16 Februari 2011 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi dan ditutup pada 17 Februari 2011 (Khamis) jam 9.00 pagi. Keputusan pengesahan kelayakan calon dibuat secara  ‘on-line’ pada  16 Februari 2011 (Rabu) mulai jam  10.00 pagi sehingga  17 Februari 2011 (Khamis) 10.00 pagi oleh Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni  (kerusi Umum) dan Dekan-Dekan Fakulti masing-masing (kerusi Fakulti).
  7. Nama calon yang layak bertanding akan diumumkan di  Dewan Astaka, secara ‘on-line’dan dipamerkan di papan kenyataan hadapan JHEPA pada 17 Februari 2011 (Khamis) jam 10.30 pagi.
  8. Rayuan, bantahan dan penarikan diri pencalonan diterima  pada  17 Februari 2011 (Khamis) jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
  9. Pengumuman akhir calon yang layak bertanding akan diadakan di  Dewan Astaka dan secara on-line 17 Februari 2011 (Khamis) jam 12.00 tengahari  sekiranya ada.
  10. Taklimat Tatacara dan Peraturan Pemilihan MPP kepada calon akan diadakan pada 17 Februari 2011 (Khamis) jam 3.00 petang di Dewan Astaka, UMP.
  11. Calon Pemilihan dibenarkan menjalankan kempen dari 17 Februari 2011 (Khamis) mulai jam 5.00 petang sehingga 21 Februari 2011 (Isnin) jam 11.59 malam di tempattempat yang dikhaskan oleh JHEPA. Segala bentuk kempen hendaklah diberhentikan jam 12.00 malam pada 21 Februari 2011 (Isnin).
  12. Poster-poster pemilihan akan disediakan oleh JHEPA. Manakala manifesto kempen akan dikemukakan oleh calon untuk disahkan oleh JHEPA dan calon-calon  akan mengantung di tempat-tempat yang strategik. 
  13. Semua pengundi boleh mengundi di tempat-tempat yang dikhaskan sahaja. Disediakan 2 Pusat Mengundi iaitu Kompleks Sukan Kampus Gambang dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) Kampus Pekan dengan masing-masing 30 dan 15 buah komputer akan disediakan.  Pengundian akan dijalankan mulai jam  9.00 pagi hingga 5.00 petang, 22 Februari 2011 (Selasa).
  14. Taklimat tatacara pengundian secara  ‘on-line’ kepada calon akan diadakan jam 8.00 pagi pada 22 Februari 2011 (Selasa).
  15. Tiap-tiap pengundi akan mengundi secara ‘on-line’ untuk memilih sembilan (9)  kerusi (2 kerusi fakulti dan 7 kerusi umum). Pengundian yang tidak mengikuti ketetapan di atas akan ditolak oleh sistem.
  16. Pengumuman jumlah undi akan diadakan selepas JK Audit selesai membuat semakan di Kompleks Sukan, Kampus Gambang. Calon atau wakil calon dikehendaki hadir semasa pengumuman dijalankan.
  17. Rayuan dan bantahan penjumlahan undi boleh dilakukan  selama 30 minit selepas pengumuman jumlah undi.
  18. Pengumuman keputusan rasmi Pemilihan tersebut akan dibuat oleh Pengerusi JIPMPP di Kompleks Sukan sebaik sahaja proses rayuan dan bantahan selesai.
  19. Semua rayuan dan bantahan terhadap proses dan keputusan rasmi  Pemilihan hendaklah dikemukakan hanya kepada Naib Canselor, Universiti Malaysia Pahang dalam masa 30 minit selepas diumumkan.
  20. Keputusan rasmi selepas rayuan dan bantahan akan diumumkan pada 23 Februari 2011 (Rabu).
  21. Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP UMP sesi 2011/2012 berhak membatalkan pencalonan mana-mana calon yang didapati menyalahi mana-mana tatacara dan peraturan pemilihan ini.
Dikeluarkan oleh :
Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP Sesi 2011/2012
*Peraturan di atas tertakluk kepada sebarang perubahan (jika perlu).