| 0 comments ]

Malam ini merupakan malam rasmi untuk semua calon bermanifesto. Seluruh tanah UMP akan bergema dengan laungan semangat calon-calon MPP. Apakah manifesto pada malam ini akan menjanjikan persaingan sengit di kalangan semua calon yang bertanding? Memandangkan terdapat 53 calon yang bertanding pada sesi pemilihan kali ini, apakah jumlah yang besar ini dapat menjanjikan persaingan sihat di kalangan calon-calon? Diharapkan, mereka dapat meberikan manifesto yang bernas dan apabila berjaya memperoleh kerusi MPP nanti, bolehlah dilaksanakan dengan baik.

Mahasiswa sekalin, diharapkan dapat beramai-ramai memenuhi tapak-tapak manifesto yang telah dijadualkan untuk mendengan manifesto dari bakal pemimpin kita. Sejauh mana kesan manifesto mereka terhadap anda, anda tentukan. Ayuh mahasiswa! Laungkan semangat mahasiswa!

| 0 comments ]

Senarai calon bersama gambar masing-masing telah pun dilancarkan di blog ini. Dengan pelancaran ini, adalah diharapkan dapat mempermudahkan semua mahasiswa UMP untuk mengenali calon masing-masing. Untuk melihat senarai calon, sila gunakan navigasi 'Calon' di atas dan pilih untuk melihat sama ada calon umum ataupun calon fakulti.


Perhatian juga kepada calon bernama Muhammad Danial bin Azman, diharapkan supaya dapat menyertakan satu pautan ke gambar anda dengan meninggalkannya di bahagian komen entri ini ataupun hantarkan kepada emel rasmi blog ini prkump@yahoo.com supaya mempermudahkan pengundi mengenali anda. Diharapkan agar penyokongnya juga boleh berbuat demikian.

Segala kelewatan adalah dikesali. Harap maklum.