| 0 comments ]


Satu hari lagi yang tinggal untuk mereka yang bakal mencalonkan diri mempertimbangkan diri untuk bertanding atau tidak. Bermula 16 Februari 2011 jam 9 pagi, proses penamaan akan bermula dan ramai lagi yang masih tertanya-tanya siapakah yang bakal bertanding dalam pemilihan kali ini. Walaupun pelbagai ramalan dan tanggapan yang keluar, tetapi jawapan yang sebenar hanya akan diketahui selepas penamaan calon pada 17 Februari nanti.

Siapakah calon anda? Adakah orangnya rakan karib anda? Apakah orangnya rakan sebilik anda? Adakah diri anda sendiri? Apa tunggu lagi! Ayuh mahasiswa! Tegakkan pendirian, dan laungkan semangat juang mahasiswa!