| 0 comments ]

JADUAL PERJALANAN
PEMILIHAN AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
SESI 2011/2012

  1. Pencalonan dibuka secara ‘on-line’.
    • Mula: 16/02/2011 (Rabu) jam 9.00 pagi
    • Akhir: 17/02/2011 (Khamis) jam 9.00 pagi.
  2. Pengesahan pencalonan oleh Dekan (kerusi Fakulti) dan Penolong Naib Canselor HEPA (kerusi Umum) secara ‘on-line’.
    • Mula: 16/02/2011 (Rabu) jam 10.00 pagi.
    • Akhir: 17/02/2011 (Khamis) jam 10.00 pagi.
  3. Rayuan, bantahan dan penarikan diri.
    • Mula: 17/02/2011 (Khamis) jam 10.30 pagi.
    • Akhir: 17/02/2011 (Khamis) jam 11.30 pagi.
  4. Pengumuman akhir calon yang bertanding (jika ada pindaan).
    • 17/02/2011 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.
  5.  Sesi Fotografi di Dewan Astaka (wajib bagi semua calon).
    • Mula: 17/02/2011 (Khamis) jam 12.30 tengah hari.
    • Akhir: 17/02/2011 (Khamis) jam 2.30 petang.
  6. Taklimat kepada calon yang bertanding (Tempat: Dewan Astaka).
    • 17/02/2011 (Khamis) jam 3.00 petang.
  7. Kempen Pemilihan.
    • Mula: 17/02/2011 (Khamis) jam 5.00 petang.
    • Akhir: 21/02/2011 (Isnin) jam 11.59 malam.
  8. Hari Mengundi. (Tempat: Kompleks Sukan UMP Gambang & FKEE UMP Pekan).
    • Mula: 22/02/2011 (Selasa) jam 9.00 pagi.
    • Akhir: 22/02/2011 (Selasa) jam 5.00 petang.
  9. Pengumuman jumlah undi (Tempat: Kompleks Sukan UMP Gambang).
    • 22/02/2011 (Selasa) selepas selesai semakan JK Audit.
  10. Rayuan dan bantahan penjumlahan undi.
    • 22/02/2011 (Selasa) 30 minit selepas pengumuman jumlah undi.
  11. Pengumuman keputusan Pemilihan (Tempat: Kompleks Sukan UMP Gambang).
    • 22/02/2011 (Selasa) selepas selesai rayuan dan bantahan penjumlahan undi.
  12. Rayuan dan bantahan keputusan Pemilihan.
    • 22/02/2011 (Selasa) 30 minit selepas pengumuman keputusan Pemilihan.
  13. Keputusan Rasmi Pemilihan MPP Sesi 2011/2012 (jika ada pindaan).
    • 23/02/2011 (Rabu)
  14. Mesyuarat Pembentukan Kabinet MPP Sesi 2011/2012.
    • 23/02/2011 (Rabu)
  15. Majlis Penyerahan Watikah Lantikan MPP Sesi 2011/2012 (Tempat: Dewan Banquet, Canseleri)
    • 25/02/2011 (Jumaat) jam 8.30 pagi.

| 0 comments ]

TATACARA DAN PERATURAN 
BAGI PEMILIHAN AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
SESI 2011/2012

  1. Pelajar berdaftar Universiti Malaysia Pahang hendaklah menjadi suatu badan yang dinamakan persatuan pelajar Universiti, yang kemudiannya disebut Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang dan hendaklah dipilih dengan undi rahsia yang kesemuanya disediakan oleh Universiti Malaysia Pahang.
  2. Tarikh Penamaan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada  17 Februari 2011 (Khamis) dan tarikh Pengundian pada 22 Februari 2011 (Selasa).
  3. Pelajar berdaftar Universiti dan telah memasuki peperiksaan yang pertama dan tidak pernah diambil tindakan tatatertib adalah layak dipilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar.
  4. Calon yang bertanding tidak dibenarkan membentuk kumpulan. Calon bertanding atas nama diri masing-masing. Sebarang poster,  banner atau lain-lain yang berkaitan tidak boleh memperlihatkan kewujudan kumpulan.
  5. Calon juga tidak dibenarkan menerima sebarang bantuan kewangan daripada orang perseorangan atau badan luar. Sesiapa yang bukan pelajar Universiti tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Pemilihan kecuali mereka yang dilantik secara rasmi oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JIPMPP). 
  6. Borang pencalonan akan dibuka secara ‘on-line’ pada  16 Februari 2011 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi dan ditutup pada 17 Februari 2011 (Khamis) jam 9.00 pagi. Keputusan pengesahan kelayakan calon dibuat secara  ‘on-line’ pada  16 Februari 2011 (Rabu) mulai jam  10.00 pagi sehingga  17 Februari 2011 (Khamis) 10.00 pagi oleh Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni  (kerusi Umum) dan Dekan-Dekan Fakulti masing-masing (kerusi Fakulti).
  7. Nama calon yang layak bertanding akan diumumkan di  Dewan Astaka, secara ‘on-line’dan dipamerkan di papan kenyataan hadapan JHEPA pada 17 Februari 2011 (Khamis) jam 10.30 pagi.
  8. Rayuan, bantahan dan penarikan diri pencalonan diterima  pada  17 Februari 2011 (Khamis) jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
  9. Pengumuman akhir calon yang layak bertanding akan diadakan di  Dewan Astaka dan secara on-line 17 Februari 2011 (Khamis) jam 12.00 tengahari  sekiranya ada.
  10. Taklimat Tatacara dan Peraturan Pemilihan MPP kepada calon akan diadakan pada 17 Februari 2011 (Khamis) jam 3.00 petang di Dewan Astaka, UMP.
  11. Calon Pemilihan dibenarkan menjalankan kempen dari 17 Februari 2011 (Khamis) mulai jam 5.00 petang sehingga 21 Februari 2011 (Isnin) jam 11.59 malam di tempattempat yang dikhaskan oleh JHEPA. Segala bentuk kempen hendaklah diberhentikan jam 12.00 malam pada 21 Februari 2011 (Isnin).
  12. Poster-poster pemilihan akan disediakan oleh JHEPA. Manakala manifesto kempen akan dikemukakan oleh calon untuk disahkan oleh JHEPA dan calon-calon  akan mengantung di tempat-tempat yang strategik. 
  13. Semua pengundi boleh mengundi di tempat-tempat yang dikhaskan sahaja. Disediakan 2 Pusat Mengundi iaitu Kompleks Sukan Kampus Gambang dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) Kampus Pekan dengan masing-masing 30 dan 15 buah komputer akan disediakan.  Pengundian akan dijalankan mulai jam  9.00 pagi hingga 5.00 petang, 22 Februari 2011 (Selasa).
  14. Taklimat tatacara pengundian secara  ‘on-line’ kepada calon akan diadakan jam 8.00 pagi pada 22 Februari 2011 (Selasa).
  15. Tiap-tiap pengundi akan mengundi secara ‘on-line’ untuk memilih sembilan (9)  kerusi (2 kerusi fakulti dan 7 kerusi umum). Pengundian yang tidak mengikuti ketetapan di atas akan ditolak oleh sistem.
  16. Pengumuman jumlah undi akan diadakan selepas JK Audit selesai membuat semakan di Kompleks Sukan, Kampus Gambang. Calon atau wakil calon dikehendaki hadir semasa pengumuman dijalankan.
  17. Rayuan dan bantahan penjumlahan undi boleh dilakukan  selama 30 minit selepas pengumuman jumlah undi.
  18. Pengumuman keputusan rasmi Pemilihan tersebut akan dibuat oleh Pengerusi JIPMPP di Kompleks Sukan sebaik sahaja proses rayuan dan bantahan selesai.
  19. Semua rayuan dan bantahan terhadap proses dan keputusan rasmi  Pemilihan hendaklah dikemukakan hanya kepada Naib Canselor, Universiti Malaysia Pahang dalam masa 30 minit selepas diumumkan.
  20. Keputusan rasmi selepas rayuan dan bantahan akan diumumkan pada 23 Februari 2011 (Rabu).
  21. Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP UMP sesi 2011/2012 berhak membatalkan pencalonan mana-mana calon yang didapati menyalahi mana-mana tatacara dan peraturan pemilihan ini.
Dikeluarkan oleh :
Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP Sesi 2011/2012
*Peraturan di atas tertakluk kepada sebarang perubahan (jika perlu).  

| 0 comments ]

Demam Pilihanraya Kampus (PRK) bermula!

Perhatian kepada semua, berikut merupakan tarikh-tarikh penting sepanjang PRK 2011 :
16/2/2011 = Pendaftaran calon MPP (melalui sistem online)
17/2/2011 =  Penamaan calon MPP yang layak bertanding
17 - 21/2/2011 = Minggu Manifesto calon MPP
22/2/2011 = Pembuangan Undi

Program persediaan calon-calon MPP :

  1. Bengkel Kepimpinan Mahasiswa 2011
    • Tarikh : 7, 8, 9 & 10 Feb 2011
    • Masa : 8.30 - 11 pm
    • Tempat : Blok Z (7 hb), Blok W (8, 9, & 10 hb) UMP Kampus Gambang 
    • Peserta : Semua mahasiswa UMP yang berminat untuk menerajui Kepimpinan Mahasiswa 2011 amat dialu-alukan untuk hadir.
    • Makanan disediakan dan tiada pendaftaran untuk menyertai bengkel ini.
    1. Biro Tata Negara (BTN)
      • Tarikh : 11, 12, & 13 Feb 2011
      • Masa bertolak dari UMP Kampus Gambang : 3.00 pm
      • Tempat : Kem BTN Bukit Sagu, Kuantan
      • Peserta : Calon MPP 10/11, Jentera Calon MPP, Jentera SPRK, Sekretariat SPRK
      • ** Bagi yang berminat, mohon beri nama dan no telefon kepada saya, Nadia (017-4421189) atau mesej di facebook saya, klik di sini.
      Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
      "Ketahuilah! Semua kamu bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing."

      | 0 comments ]

      Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

      Dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011 disifatkan dibubarkan berkuatkuasa pada 01 Februari 2011 menurut peruntukan seksyen 53(4) Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2011/2012 Bilangan 1/2011 bertarikh 07 Februari 2011 (Isnin) telah bersetuju dan mengesahkan bahawa tarikh penamaan calon bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2011/2012 adalah pada 17 Februari 2011 (Khamis) dan tarikh mengundi bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang bagi sesi 2011/2012 adalah pada 22 Februari 2011 (Selasa). Sila rujuk pengisytiharan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan tatacara serta peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012. Sila klik disini.

      Sekian untuk makluman dan terima kasih.

      Urusetia
      Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
      Universiti Malaysia Pahang sesi 2011/2012