| 0 comments ]

Tempoh berkempen semakin hangat dengan pelbagai manifesto dan janji-janji yang dilaungkan oleh bakal-bakal pemimpin kita. Begitupun, ada juga terdapat beberapa spekulasi yang timbul dari kalangan penyokong dan calon sendiri. Dengan ini, pihak kami memohon kepada semua calon dan penyokong untuk menjalankan kempen secara berhemah tanpa menimbulkan spekulasi-spekulasi buruk yang menjatuhkan imej mana-mana calon. Kami juga memohon kepada semua agar kita mengamalkan kempen secara bersih agar pilihan raya kali ini dapat berjalan dengan baik dan telus.

Pesanan dari pihak kami adalah supaya mengenepikan berita-berita yang tidak sahih supaya tidak menumbulkan kekacauan di dalam kampus. Adalah lebih baik agar kita bersangka baik sesama kita berbanding melemparkan tohmahan dan kutukan kepada calon-calon yang bertanding.

Anda sendiri boleh menilai diri mereka. Anda tentukan, anda undi. Selamat bermanifesto dan berkempen. Kita meriahkan suasana kempen dengan amalan sihat tanpa provokasi keras. Marilah kita bersama-sama menjauhi sentimen-sentimen perpecahan mahasiswa. Ayuh mahasiswa!

Sekian, kami memohon.