| 0 comments ]

Pencalonan secara online telah bermula! Kepada mereka yang merasakan diri anda layak untuk memegang tampuk kepimpinan mahasiswa UMP, canlonkanlah diri anda sekarang! Caranya mudah dan ringkas.

  1. Daftar masuk Portal E-Community Universiti Malaysia Pahang.
  2. Klik pada butang "Election" pada sidebar di sebelah kiri.
  3. Masukkan data yang berkaitan.
  4. Hantar pencalonan.
Setiap pencalonan akan disahkan oleh Dekan fakulti bagi calon kerusi fakulti dan Penolong Naib Canselor bagi calon fakulti umum.

Sesi pencalonan akan tamat pada 17 Februari 2011 pada jam 9.00 pagi.

0 comments

Post a Comment